Tuesday, August 11, 2015

PTS: Pertandingan Certot




Kepada adik-adik yang suka menulis, Penulis Tunas Super membawakan Pertandingan Certot!


Apa yang perlu adik-adik buat? Mudah sahaja, cuma perlu tulis certot atau cerita kontot mengenai apa sahaja (err... tetapi cerita cinta, hantu ataupun gaduh-gaduh tidak diterima, ya?). 

Ada banyak hadiah menarik untuk dimenangi. Ada lagi! Cerita-cerita yang menarik juga akan diterbitkan dalam satu buku! Adik-adik juga boleh hantar seberapa banyak certot yang adik-adik mahu. Tetapi setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah.

Jadi, marilah sertai Pertandingan Certot ini! Hantarkan certot banyak-banyak supaya lebih cerah peluang untuk menang dan certot adik-adik diterbitkan menjadi buku! Untuk mengetahui lebih lanjut, adik-adik boleh lihat poster pertandingan di bawah ini.

Hantarkan cerita adik-adik ke laman Story Morie ini: http://tunassuper.my/storymorie

Mana tahu pertandingan ini akan menjadi langkah pertama adik-adik untuk memiliki novel sendiri seperti Penulis Tunas Super yang lain? Hebat, bukan?

No comments:

Post a Comment