Monday, August 17, 2015

Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2015 sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan.

Pertandingan pada tahun 2015 merupakan penganjuran kali ke-3, bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap industri kraf negara melalui medium penulisan. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Tajuk esei ialah “Produk Kraf dari Desa ke Kota: Cabaran Masa Kini”

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 September 2015.

Para pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, RM3,000, RM2,000 dan RM500 untuk lima (5) orang pemenang saguhati berserta cenderamata dan sijil untuk setiap pemenang.

Maklumat pertandingan dan borang penyertaan boleh dimuat turun di SINI

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan bolehlah diemelkan kepada eseikraf2015@kraftangan.gov.my ataupun berhubung terus dengan Urus Setia Pertandingan;
Nor Azmi bin Haji Ismail / Mohamad Arif bin Mustafa / Sarina binti Abdul Rahman di talian 03-2162 7459 / 533 sambungan 372 / 272 / 326, Bahagian Pemuliharaan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

No comments:

Post a Comment