Tuesday, November 22, 2016

Tropicana Twister Keceriaan Berganda


Peraduan ini akan berlangsung dari 14 November 2016 hingga 11 Februari 2017 .
Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu membeli mana-mana produk yang turut serta dalam resit tunggal dari mana-mana pasar raya atau kedai yang turut serta. Setiap resit tersebut melayakkan peserta kepada 2 baucar diskaun dan 1 penyertaan Peraduan. Produk yang turut serta dalam peraduan ini adalah Tropicana Twister 1.5L ‘Twin Pack’ (Pek Kembar) promosi Keceriaan Berganda, sebarang variasi
Cara Menyertai
i. Jawab satu soalan: “Tropicana Twister diperbuat daripada jus sebenar dan MENGANDUNGI vitamin. Betul atau Salah”.
ii. Taip (TROPICANA)<jarak>(no. resit 5 digit akhir)<jarak>(tarikh resit HHBBTT)<jarak>(no. KP 12 digit)<jarak>(jawapan)<jarak>(nama) dan SMS ke 36266.

Contoh: TROPICANA 56789 301116 880818105678 Betul Maria Mohd
iii. Simpan resit bercetak tunggal asal dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan SMS (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) sebagai bukti pembelian.
iv. Hanya resit-resit bercetak asal dengan deskripsi jelas produk yang turut serta akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima.
v. Setiap hari peraduan sepanjang tempoh peraduan, peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.
vi. Para peserta akan dicaj RM0.30 untuk setiap mesej SMS diterima. Caj ini adalah tambahan ke atas caj standard SMS yang dikenakan oleh operator telefon bimbit peserta.
vii. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.
Hadiah-hadiah
a. Hadiah Harian #1 x 90: Wang tunai RM1,000.00 setiap satu.
b.Hadiah Harian #2 x 3,960: Wang tunai RM50.00 setiap satu.
Setiap peserta hanya layak untuk memenangi 1 Hadiah Harian dalam 1 Hari Peraduan dan maksimum 3 Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan.
Cara pemilihan pemenang
a). Hadiah Harian x 45 pemenang x 90 hari:
i. Para pemenang Hadiah Harian yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Hari Peraduan dibahagikan dengan 45.5.
Sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 2,279 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 45.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 50. Maka penyertaan layak ke-50, ke-100, ke-150 dan seterusnya akan disenarai pendekkan dan berpeluang memenangi Hadiah Harian setiap satu.
ii. Daripada 45 penyertaan yang disenarai pendekkan, penyertaan ke-22 yang disenarai pendekkan akan memenangi Hadiah Harian #1, manakala penyertaan-penyertaaan yang lain akan memenangi Hadiah Harian #2 setiap satu untuk hari tersebut.

Nama-nama 45 pemenang harian akan diumumkan setiap hari bekerja di link ini: SENARAI PEMENANG HARIAN

5 comments: