Monday, October 31, 2016

Peraduan Si Manjaku Permata Hatiku



Adakah Si Manja anda mencuit hati dan membanggakan? Kongsikan kisah Si Manja kesayangan anda dalam format video ataupun tulisan (bersama gambar) dari segi perbualan, seloka, esei, surat, diari, pantun, sajak dan sebagainya.
Rebutlah peluang untuk memenangi loket emas istimewa yang bernilai RM1,300!.

Pemenang dan Si Manja juga berkesempatan untuk terlibat dalam aktiviti dan bahan publisiti Dugro. Si Manja yang diceritakan mestilah berumur 3 tahun dan ke atas.



Cara Penyertaan


a. Setiap peserta mesti mendaftar masuk di laman web Peraduan Dugro (http://www.dugro.com.my/simanjaku-permata-hatiku) menggunakan akaun peribadi Facebook atau alamat emel peserta dan melengkapkan butiran dalam borang penyertaan peraduan.
b. Peserta dikehendaki memuat naik kisah Si Manja yang paling menyentuh hati, mencuit hati dan membanggakan di laman web Peraduan Dugro. Penyertaan boleh dilakukan dalam format tulisan (bersama foto) atau video, dan dalam bentuk perbualan, seloka, esei, surat, diari, pantun, sajak atau sebagainya
  • Penyertaan mestilah mematuhi, antara lain, syarat-syarat berikut:
  • Peserta mestilah merupakan ibu/bapa/penjaga kepada kanak-kanak yang diceritakan.
  • Kanak-kanak yang diceritakan oleh peserta mestilah berumur 3 tahun dan ke atas.
  • Penyertaan dalam format tulisan (bersama foto) atau video boleh dihantar dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.
  • Foto yang dihantar bersama tulisan mestilah dalam format Jpeg/PNG/BMP yang tidak melebihi 2MB berserta tajuk (tidak melebihi 90 huruf).
  • Video yang dihantar mestilah dalam format MP4 yang tidak melebihi 60MB berserta tajuk (tidak melebihi 90 huruf). Tempoh video yang disarankan adalah 60 saat. Peserta yang menghantar kisahnya dalam format video mempunyai pilihan sama ada untuk menyertakan bersama kisahnya dalam bentuk tulisan.
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan melalui akaun peribadi Facebook atau alamat emel yang telah didaftar di laman web Peraduan Dugro.

Pemilihan Pemenang & Hadiah


Lima (5) pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan kepada:
  • pengadilan oleh Penganjur berdasarkan daya kreativiti, keaslian dan kerelevanan penyertaan sebagai kisah Si Manja yang paling menyentuh hati, mencuit hati dan membanggakan - 80% daripada markah keseluruhan; dan
  • jumlah suka ('like') pada penyertaan yang telah dimuat naik di laman web Peraduan Dugro - 20% daripada markah keseluruhan.
    Hanya jumlah suka ('like') di laman web Peraduan Dugro sahaja yang akan diambil kira. Jumlah suka ('like') yang diperolehi di laman peribadi Facebook dan/atau sebarang laman sesawang lain tidak akan diambil kira.
  • Setiap pemenang akan menerima loket emas Habib Jewels bernilai RM1,300


Peraduan ini akan berlangsung dari 1 November hingga18 disember 2016.
Klik sini untuk ke laman web Peraduan Dugro


1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete