Monday, August 10, 2015

Yeo’s I Love Malaysia


Peraduan ini akan bermula dari 01 Ogos 2015 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 31 Oktober 2015 pukul 6.30 petang.

Cara Menyertai


1. Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta Yang Layak hendaklah mematuhi setiap satu yang berikut:-

Langkah 1
Beli mana mana makanan atau minuman Yeo’s, Justea, SoyRich dan/atau Cintan (“Produk Yeo’s) menggunakan Resit Rasmi kedai yang mempunyai jenama produk Yeo’s dan kuantiti dicetak dengan jelas.

Setiap pek/tin/botol adalah bersamaan dengan 1 penyertaan peraduan.


Langkah 2

Sertai Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada Produk Yeo’s, Bahan-Bahan POS atau dengan menambah ID WeChat: YeosMalaysia


Langkah 3
Lampirkan foto Resit Rasmi sebagai bukti pembelian. Masukkan jumlah pek/tin/botol yang telah dibeli dan hantarkan melalui Akaun Rasmi WeChatYeo’s Malaysia.

Setiap kuantiti Produk Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan perlu diasing dengan jelas mengikut produk kategorinya


Pelampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:--

  • Foto hendaklah menunjukkan dengan jelas kuantiti pembelian Produk Yeo’s, Justea, Soyrich atau Cintan dan nombor Resit Rasmi. Resit yang berlipat tidak akan diterima.
  • Foto-foto hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan

Langkah 4
Apabila penyertaan berjaya diterima, Peserta Layak akan menerima satu pemberitahuan rasmi daripada WeChat Yeo’s Malaysia dan beliau hendaklah menjawab satu soalan mudah. Penganjur mungkin mengubah/menggilirkan soalan-soalan semasa Tempoh Peraduan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya.

Langkah 5
Simpan foto Resit Rasmi untuk tujuan pengesahan.


2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu.
Jumlah penyertaan yang diterima akan bergantung kepada jumlah pek/tin/botol yang tercatat pada setiap resit. Setiap pek/tin/botol yang dihantar adalah bersamaan dengan satu penyertaan (contohnya, 10 pek/tin/botol = 10 penyertaan peraduan)

Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

  1. Semua pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan jawapan akan disemak.
    Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang. Setiap pemenang berhak mendapat hanya satu hadiah bagi setiap cabutan.
  2. Para pemenang akan menerima yang berikut:-

    Cabutan Mingguan:
    Hadiah Utama Mingguan
    1 x Pakej Percutian untuk 3 hari 2 malam untuk 4 orang + wang tunai RM3,000
    Hadiah Saguhati Cabutan Mingguan
    10 x Album Patriot Akim & The Majistret
    Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.
    Hadiah Utama Mingguan
    1 x Pakej Percutian untuk 3 hari 2 malam untuk 4 orang + wang tunai rm
    Jumlah hadiah bagi Peraduan untuk tempoh
    selama 42 hari
    42 x RM3,000 | 420 x RM300
    MingguanTarikh
    Minggu 1 – Avani Sepang Gold Coast, Selangor1 Ogos 2015 to 7 Ogos 2015
    Minggu 2 – Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan8 Ogos 2015 to 14 Ogos 2015
    Minggu 3 – Laguna Redang Beach Resort15 Ogos 2015 to 21 Ogos 2015
    Minggu 4 – Mutiara Taman Negara, Pahang22 Ogos 2015 to 28 Ogos 2015
    Minggu 5 – Swiss Garden Damai Laut, Perak29 Ogos 2015 to 4 Sep 2015
    Minggu 6 – Putra Palace Hotel, Perlis5 Sep 2015 to 11 Sep 2015
    Minggu 7 – Hard Rock Hotel, Penang12 Sep 2015 to 18 Sep 2015
    Minggu 8 – Holiday Villa Langkawi, Kedah19 Sep 2015 to 25 Sep 2015
    Minggu 9 – Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan26 Sep 2015 to 2 Okt 2015
    Minggu 10 – The Majestic Hotel, Melaka3 Okt 2015 to 9 Okt 2015
    Minggu 11 – Damai Beach Resort Santubong, Sarawakn10 Okt 2015 to 16 Okt 2015
    Minggu 12 – Lotus Desaru Beach Resort, Johor 17 Okt 2015 to 23 Okt 2015
    Minggu 13 – The Pacific Sutera, Sutera Harbour Kota Kinabalu24 Okt 2015 to 31 Okt 2015

    Cabutan Utama:
    1. Hadiah Utama
      10 x Pakej Percutian untuk 3 hari 2 malam untuk 2 orang + wang tunai RM5,000
      Hadiah Saguhati Cabutan Utama
      10 x Album Patriot Akim & The Majistret
      Hadiah Cabutan Utama – Pangkor Laut Resort, Perak
      Semua penyertaan yang diterima dalam Tempoh Peraduan layak untuk cabutan Hadiah Utama.
    2. Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui WeChat pada atau sebelum 6.30 petang pada setiap hari peraduan semasa Tempoh Peraduan. Nama para pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan/disiarkan selepas 12.00 tengahari pada hari bekerja yang berikutnya melalui:
      1. Akaun Rasmi WeChat Yeo’s Malaysia
      2. Laman web Yeo’s
    3. Akaun Facebook Yeo’s dan Justea
Untuk maklumat lanjut, jom layari http://www.yeos.com.my/ilovemalaysia/tnc.html

No comments:

Post a Comment